Thursday, January 22, 2009

alahai nasib isteri dan anak-anak....

kesian si isteri….
suami meninggal maka menangislah dia…
lebih memeritkan jika bebanan hutang pula yang ditinggalkan…
kereta, pinjaman peribadi dan kalau yang berniaga pula pinjaman perniagaan…
nasib baiklah pinjaman rumah sikit sebanyak tak menjejaskan…maklumlah ada MRTA..

kalau si suami tinggalkan wang yang banyak dapat juga si isteri jadi janda kaya….
kalau si suami tinggalkan hutang jadilah si isteri janda merana….
apa nak jadi pada anak-anak yang masih bersekolah….
bersekolah ke anak-anak itu…makan cukup ke….perubatan pula macamana…

“mak adik nak beli basikal”,..”mak adik nak beli buku”…”mak adik nak beli baju ultraman macam Ali jiran sebelah”…..
si ibu yang kewangannya begitu terhad…pasti keluar airmatanya…..
mana tempat lagi si isteri nak mengadu…masa suami ada takpela…”adik pergi minta dengan abah ya”…”adik cakap kat bapak ya”…”adik minta papa belikan esokla ya”….
namun bila si lelaki tempat si isteri mengadu sudah tiada …macamanalah jawapan si isteri tu kat anak dia…

si suami yang dalam kubur pula …rohnya pula macamana..…
sedih ….kenapa tak meninggalkan wang yang cukup untuk isteri dan anak-anak.…
sedih kerana memikirkan apa la yang akan jadi pada anak-anaknya..
sedih kerana melihat si isteri terpaksa membanting tulang siang dan malam….
semata-mata untuk menyara anak-anak dan menyara hutang bank yang banyak akibat ditinggalkannya……..

fikirlah sendiri…..nasib isteri dan anak-anak bila kita tidak bersedia….

No comments:

Post a Comment