“ Syarikat saya dah cover perubatan saya”!
Memang tak dinafikan setiap pekerja sudah mendapat perlindungan kesihatan yang ditanggung oleh syarikat atau organisasi tempat mereka bekerja. Itupun tak semua pekerja mendapat faedah yang sedemikian. Ada syarikat yang amat perihatin dengan kebajikan pekerjanya dan ada segelintir syarikat atau organisasi yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Kalaupun pekerja tersebut telah mendapat perlindungan kesihatan...
PERSOALANNYA
1. Cukupkah ia untuk menampung bil-bil perubatan yang amat tinggi sekarang?
2. Mampukah syarikat atau organisasi memberi perlindungan yang sempurna untuk pekerja mereka ?….maklumlah dalam kegawatan ekonomi sekarang.
3. Sampai umur berapakah perlindungan kesihatan itu diberi kepada pekerja mereka…?
4. Jika pekerja tersebut tidak bernasib baik dan mereka telah menghidapi penyakit-penyakit yang kritikal seperti Jantung, Kanser mahupun kemalangan yang menyebabkan individu tersebut kehilangan anggota (cacat)….Sampai bila syarikat atau organisasi tersebut menanggung kos-kos perubatan pekerja seperti yang di atas…?
Renungkanlah soalan-soalan ini yang kebiasaan kita semua patut sedar untuk fikirkannya?
Sanggupke…. syarikat atau organisasi tempat kita bekerja menanggung kita bila kita dah menghidapi kanser, jantung atau dah tak sempurna yang pasti membuatkan prestasi kerja kita menjadi teruk. Apa taknya…kita sakit mestilah sentiasa cuti atau MC dan seterusnya tak dapat menyempurnakan tugas-tugas kita.
Maka diberhentilah kita….walaupun pada mulanya kos-kos perubatan telah ditanggung oleh syarikat atau organisasi kita, bila dah tak bekerja dimana pula kita nak cari wang untuk perbelanjaan rawatan susulan seperti kimoterapi, rawatan jantung dan buah pinggan untuk dicuci pada setiap minggu.
Bolehkah lagi kita mengatakan ...”syarikat dah cover perubatan saya”…!
SEDARLAH perlindungan prubatan yang kita dapat daripada tempat kita bekerja tidak selama-lamanya….FIKiRLAH apabila syarikat atau organisasi tidak memerlukan khidmat kita lagi.
Tujuan laman ini diwujudkan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia, khusunya masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya membuat persediaan awal mengenai perancangan kewangan sebelum terlambat akibat daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di kemudian hari.


